Sunday, 10 July 2011

Menguasai Dua Ayat

Baja ilmu melalui pengusaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud, seperti yang di sebut dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Writen Arabic. Pertama, ia bermaksud sign atau tanda atau bukti.

Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting bagi mencapai kecemarlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah menjelaskan, "Dan Kami menurunkan kepadamu sebuah kitab yang menjelaskan mengenai setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim." (Surah an-Nahl 16: 89)

Menguasai al-Quran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang supaya dia mampu membaca al-Quran dengan baik. Berhubung dengan ini Allah berfirman "Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Kitab (al-Quran)." (Surah al-Ankabut 29: 45)

Kemampuan membaca al-Quran dengan baik ini perlu disusuli dengan usaha bagi memahaminya secara betul. Allah memerintahkan "Apakah meraka tidak memerhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya." (Surah an-Nisa' 4: 82)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata , "Allah mengarahkan mereka supaya mangamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarahkan mereka supaya memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan.

Hanya selepas al-Quran difahami dan dihayati sahaja, iman umat islam dapat dipertingkatkan sekali gus mencapai kecemerlangan. Inilah yang dijanjikan Allah s.w.t "Sesungguhnya al-Quran ini membari petunjuk kepada jalan yang aqwam dan membari khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." (Surah al-Isra' 17: 9)

Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran adalah petunjuk yang membawa manusia kepada sesuatu yang aqwam. Apakah maksud aqwam? Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qartubi berkata , "Kalimat aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil, dan paling tepat." Justeru mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan. Kesejahteraan dan kecemerlangan sedang menanti mereka kerana kehidupan mereka disuluhi  oleh 'yang paling benar, paling adil, paling tepat.'

Iman Adalah Nyawa

Justeru, untuk berjaya setiap insan wajib beramal denagn syariat Islam secara sempurna berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman. Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ia adalah nyawa dan nadi yang menentukan sama ada sesuatu amalan diterima ataupun ditolak oleh Allah s.w.t. Ia adalah syarat kepada sahnya amal di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjelaskan "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu (Nabi Muhammad s.a.w) dan keapda nabi-nabi sebelumnya, 'Jika kamu menyekutukan Allah akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi'." (Surah az-Zummar 39: 65)

Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya kesesatan tidak menyelubunginya. Antara baja yang perlu diberikan kepadanya (seperti yang di sarankan al-Quran) adalah baja ilmu serta kefahaman melalui peguasaan dua ayat.