Teori Big Bang telah menjadi buah mulut dan pegangan umum para saintis hari ini. Mengikut laporan laman web NASA, kejadian alam telah bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Pada masa itu, alam hanya berukuran beberapa milimeter sahaja.
Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang amat kuat, sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlakulah proses pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan seumpamanya.
Teori ini pada asalnya di cadangkan berasaskan formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922, seorang pakar fizik Russia iaitu Alexander Friedman, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan lagi teori Big Bang ini.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin hubble, menemui bukti-bukti yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang berkembang. Hal ini desebutkan dalam Encarta Encyclopedia (CD) dalam segmen Big Bang Theory (Introduction).
Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi sacara seimbang di angkasa raya, menguatkan lagi teori Big Bang. Kajian mengenai tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias dan Robert Wilson, pada tahun 1965, dan penemuan ini disahkan oleh pakar-pakar sains yang lain dengan menggunakan COBE spacecraft (alat mengesan khas NASA) antara tahun 1989 hingga 1993.
Justeru kenyataan al-Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr.Alfred Kroner. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan kaitan antara al-Quran dengan sains, beliau berkata "Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru dapat diketahui beberapa tahun baru-baru ini melalui alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, bagi saya mustahil untuk mengetahuinya."
Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan al-Quran mengenai bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains maka kita akan mengatakan bahawa kenyataan al-Quran secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Banyak kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya." Hal ini dilaporkan dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications edisi kedua, Mei 1990.