Alam semesta mempunyai permulaannya. Allah menyatakan, "Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (raqta) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup." (Surah al-Anbiyak 21: 30)
Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.
Terdapat dua perkataan yang perlu diberikan fokus yang lebih iaitu perkataan raqta dan fataq. Raqta berasal daripada perkataan rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
Fataq pula berasal dari perkataan bahasa Arab yang disebut sebagai fataqa iaitu unsew, unstitch, rip open, tear open iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat anatara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan dengan ayat ini." Tafsiran oleh Imam Said bin Jabair ini yang dinyatakan lebih 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al-Asas al-Tafsir. "Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini." Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.
Kefahaman umat Islam masa kini semakin tercabar. Mereka sering berdepan dengan serangan pemikiran barat. Serangan sebegini semakin rancak dilakukan oleh golongan yang mencemburui kemuliaan Islam. Justeru ana berharap agar pembaca dapat menilai sendiri nukilan daripada ana dimana idea-idea ini tercetus setelah membaca buku-buku tentang keilmuan islam. Kritikan membina amat dialu-alukan. Semoga Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat =)
Tuesday, 27 September 2011
Islam Pemangkin Sains
Penghormatan kepada golongan ulul albab begitu signifikan bagi umat Islam. Ia adalah rangsangan yang istimewa daripada Allah supaya umat Islam mendekati alam begi mengkajinya. Dengan ini ketaqwaan kepada Allah akan meningkat. Pada hari ini golongan ulul albab banyak terdiri daripada golongan pakar-pakar bidang sains astronomi dan astrofizik. Justeru ayat 190 dalam surah Ali Imran menggalakkan manusia (Islam) supaya menjadi saintis.
Quran sememangnya mahukan umat Islam memiliki minda yang saintifik. Minda sebegini kuat berfikir, kritikal, dan mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu mambuat andaian dan kemudiannya konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sabarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan bukti dan dalil sahih. Allah befirman, "Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya." (Surah al-Israk 17: 36)
Quran sememangnya mahukan umat Islam memiliki minda yang saintifik. Minda sebegini kuat berfikir, kritikal, dan mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu mambuat andaian dan kemudiannya konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sabarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan bukti dan dalil sahih. Allah befirman, "Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya." (Surah al-Israk 17: 36)
Ayat di Alam Semesta
Salah satu perkataan ayat dalam bahasa Arab ialah tanda atau bukti. Justeru, selepas penguasaan ayat al-Quran, ayat kedua yang perlu dikuasai adalah ayat-ayat yang tersembunyi di alam semesta. Ayat-ayat ini adalah tanda serta bukti mengenai kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta. Bagi mencapai tujuan ini Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik. Seperti firman ini, "Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan." (Surah al-Ghasyiah 88: 17 hingga 20)
Pengkaji ayat al-Quran memerlukan akal yang tajam lagi kritis. Allah menyatakan, "Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir mengenainya?" (Surah al-Mukminun 23: 80)
Ilmu yang diperoleh daripada kajian-kajian ini mampu melahirkan pengagungan kepada Allah sekali gus meningkatkan pengabdian kepadanya. Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan dia mengelar mereka sebagai ulul albab. Allah menyatakan, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, 'Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka'." (Surah Ali Imran 3: 190 dan 191)
Ulul Albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mamapu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis yang bertaqwa kepada Allah dikategorikan sebagai golongan ulul albab.
Subscribe to:
Posts (Atom)