Alam semesta mempunyai permulaannya. Allah menyatakan, "Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (raqta) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup." (Surah al-Anbiyak 21: 30)
Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.
Terdapat dua perkataan yang perlu diberikan fokus yang lebih iaitu perkataan raqta dan fataq. Raqta berasal daripada perkataan rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
Fataq pula berasal dari perkataan bahasa Arab yang disebut sebagai fataqa iaitu unsew, unstitch, rip open, tear open iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat anatara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan dengan ayat ini." Tafsiran oleh Imam Said bin Jabair ini yang dinyatakan lebih 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al-Asas al-Tafsir. "Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini." Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.
singgah baca entri ni :)
ReplyDelete