Ada juga dakwaan dan fahaman yang menyatakan bahawa al-Quran sekadar sebuah buku sastera. Satera al-Quran adalah dalam bentuk lafaz dan keindahan bahasa yang digunakan. Juga dalam aspek tatabahasa yang mana al-Quran menjadi sumber rujukan dalam asas ilmu tatabahasa Arab.
Tidak dinafikan bahawa kesusasteraan bahasa al-Quran memang tinggi dan tiada tandingan. Inilah salah satu aspek kemukjizatan al-Quran. Wahyu al-Quran datang dalam bentuk yang mana masyarakat Arab ketika itu berada di kemuncak ilmu bahasa dan sastera. Syair-syair Arab sebelum zaman Islam menjadi syair rujukan.
Namun dakwaan bahawa al-Quran sekadar sebuah buku sastera sahaja adalah satu tanggapan yang salah. Aspek sastera memang ada dalam al-Quran. Keindahan bahsa memang wujud dalam al-Quran. Namun al-Quran bukan sekadar itu sahaja. Bahkan al-Quran lebih dari itu. Ia kitab panduan dan pedoman.
Kalau sekadar buku sastera sahaja, berapa lamakah sesebuah buku sastera boleh bertahan? Sepuluh tahun atau dua dekad dan sebagainya. Kalu sekadar buku sastera, maka al-Quran hanya perlu dirujuk apabila ada keperluan dalam aspek sastera sahaja.
No comments:
Post a Comment