Saturday, 14 May 2011

Maksud Beriman dengan al-Quran

Keimanan dengan kitab adalah kepercayaan bahawa kitab tersebut ialah kitab samawi yang diwahyukan oleh Allah kepada para rasul. Zabur diwahyukan kepada Nabi Daud a.s. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s dan Injil kepada Nabi Isa a.s, manakala al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Itulah kadar keimanan yang dituntut dalam aspek keimanan kepada kitab-kitab. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah, rasul-Nya dan kitab yang Ia turunkan sebelumnya. Dan sesiapa yang kufur kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Surah al-Nisa' 4: 136)

Dalam nas Ilahi ini, ada dua jenis kitab yang diwahyukan. Pertama ialah kitab yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua, kitab yang diwahyukan sebelum itu. Maka kesemua kitab tersebut wajib diimani.

Dasar keimanan terhadap kitab-kitab selain al-Quran bukanlah bermakna kandungannya perlu diamalkan. Panduan dan pedoman hanyalah dengan al-Quran. Adapun kitab-kitab yang lain hanya diimani sebagai wahyu daripada Allah sahaja.

No comments:

Post a Comment